Kedai Kurma
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Buah dan Biji Kurma


Whatsapp, Viber "0173122220"


Buah dan Biji Kurma

Biji buah kurma merupakan embrio tumbuhan embrio itu sendiri dan juga mengandungi sumber khasiat untuk tubuh badan. Biji buah kurma mempunyai nilai kerana ia adalah sumber mineral, vitamin dan lain-lain.

Kami nyatakan beberapa ciri-cirinya untuk anda di bawah ini:

Penerangan

Buah (Kurma) daripada Pohon Tamar (Phoenix Dactylifera L.) mengandungi peratusan karbohidrat yang tinggi karbohidrat (jumlah gula, 44-88%), lemak (0.2-0.5%), 15 jenis garam dan mineral, protein (2.3-5.6% ), vitamin dan peratusan kandungan serat yang tinggi (6.4-11.5%). Isi kurma mengandungi minyak sebanyak 02-0.5%, manakala bijinya mengandungi minyak sebanyak 7.7-9.7%. Berat biji adalah 5.6-14.2% daripada berat kurma.

Kandungan khasiat

Biji kurma mempunyai kandungan protein yang rendah, kira-kira 5-11% DM protein mentah. Kandungan minyak pula dianggarkan sebanyak DM 4-14%. Kurma tanpa biji mengandungi kuantiti serat yang tinggi dan pelbagai, serta kandungan lignifikasi yang tinggi: serat mentah 16-51% DM, NDF 58-90% DM, ADF 41-46% DM dan ADL 4-18%. Perbezaan variasi buah memainkan peranan. Kurma tanpa biji mengandungi jumlah K yang banyak diikuti oleh P, Mg dan Ca manakala kandungan Na rendah. Unsur-unsur mikro seperti Fe, Mn, Zn dan Cu juga penting.

Asid lemak wujud pada kedua-dua isi serta biji dalam bentuk asid tepu dan tak tepu, biji kurma mengandungi 14 jenis asid lemak, tetapi hanya lapan daripada asid lemak ini wujud sangat sedikit dalam isinya. Asid lemak tak tepu termasuk asid palmitoleic, oleik, laurik dan oksalik. Jumlah kandungan asid oleik di dalam biji antara 41.1-58.8%, seterusnya menjadikan biji kurma juga salah satu sumber asid oleik. Kandungan asid laurik kurma adalah sebanyak 0.56-5.4%. Ia juga boleh diproses secara kimia sebagai sumber asid oksalik.

Kajian eksperimen telah menunjukkan bahawa tikus yang diberi makan dengan ekstrak akueus kurma mempamerkan anti-genotoksik serta boleh mengurangkan kerosakan DNA yang disebabkan oleh N-Nitroso-N-methylurea.

Kegunaan Popular
Biji kurma digunakan secara tradisional untuk makanan haiwan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber minyak (dengan ciri-ciri antioksidan) yang berguna untuk penghasilan sabun dan bidang kosmetik, mahupun sebagai ganti kepada kopi, sebagai bahan mentah untuk pengaktifan karbon atau sebagai adsorben untuk bahan yang mengandungi pewarna. Produk kurma biasanya diberikan kepada haiwan terutamanya semasa musim sejuk, walaupun ia juga boleh digunakan sepanjang tahun.

Biji-biji juga dibakar untuk dijadikan arang oleh tukang perak, malah boleh digantung dan di jadikan rantai.
Label:

Kurma, Biji dan Buah Kurma, Biji, Penerangan tentang Biji dan Buah Kurma, Karbohidrat Biji Kurma, Lemak Biji Kurma, Protein Biji Kurma, Vitamin Biji Kurma, Serat Pemakanan Biji Kurma, Minyak Biji Kurma, Berat Biji Kurma, Asid Biji Kurma, Kegunaan Popular Biji Kurma

Order Now!