Kedai Kurma
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B MAKANAN TERBAIK UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN


Whatsapp, Viber "0173122220"


MAKANAN TERBAIK UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti rutin senaman, makan makanan yang berkhasiat dan juga pengambilan buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan kekacang seperti epal, badam, brokoli, bluberi, ikan berminyak, sayur-sayuran berdaun hijau, keledek, gandum, avokado dan oat memberi manfaat kesihatan yang berganda serta merupakan sumber vitamin dan zat galian yang penting untuk tubuh badan manusia.

Epal seperti yang telah disebutkan di atas adalah salah satu buah-buahan yang berkhasiat serta merupakan sumber antioksidan terbaik yang menghalang penghasilan radikal bebas dan menghapuskannya secara beransur-ansur. Beberapa penyelidikan yang dijalankan ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam epal berpotensi untuk memanjangkan jangka hayat seseorang. Penyelidik yang terlibat menggelarkan buah epal sebagai "buah ajaib". Epal juga boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Manakala badam pula dikategorikan dalam kumpulan kekacang kaya dengan nutrien termasuk magnesium, vitamin E, zat besi, kalsium, serat, dan riboflavin. Kajian yang telah dijalankan baru-baru ini telah membuktikan pengambilan badam dapat mengawal fungsi badan dan menyeimbangkan tahap kolesterol anda. Pengambilan badam masin setiap hari membantu untuk mengawal perasaan lapar serta tidak akan meningkatkan berat badan anda.

Brokoli yang dikenali sebagai salah satu jenis sayuran yang berkhasiat serta kaya dengan serat, kalsium, kalium dan folat dapat sedikit sebanyak mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Brokoli juga mempunyai jumlah kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Brokoli dan sayur-sayuran lain seperti kubis dan Brussels Sprout juga boleh dikatakan dapat menyembuhkan osteoarthritis; sejenis bentuk arthritis yang paling biasa secara beransur-ansur. Satu lagi jenis buah-buahan yang berkhasiat adalah bluberi yang kaya dengan serat serta antioksidan. Menurut kajian orang dewasa yang makan banyak bluberi (dan strawberi) kurang mengalami penurunan kognitif berbanding orang lain. Bluberi juga berpotensi untuk mengelakkan obesiti dan mengawal berat badan. Pengambilan bluberi biasanya dikaitkan dengan bahan bioaktif yang boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Ikan berminyak diketahui dapat memberi manfaat kepada pesakit yang mengalami keradangan seperti arthritis. Ikan berminyak juga mempunyai kandungan vitamin A dan D yang tinggi. Rutin pengambilan satu bahagian ikan berminyak dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko mendapat artritis reumatoid.

Sayur-sayuran berdaun gelap, seperti bayam atau kubis jelas dapat mengurangkan risiko seseorang itu daripada mendapat penyakit kencing manis Jenis 2. Bayam adalah sayur yang kaya dengan antioksidan, terutamanya apabila dimakan mentah, stim atau rebus. Ia juga merupakan sumber vitamin A, B6, C, E dan K, dan juga selenium, niasin, zink, fosforus, tembaga, asid folik, kalium, kalsium, mangan, dan zat besi yang baik. Ubi keledek pula kaya dengan serat pemakanan, kompleks dengan vitamin C, vitamin B6 dan karotena (bagi yang bewarna merah jambu dan kuning). Keledek menduduki tempat yang pertama kerana kandungan vitamin A dan C, zat besi, kalsium, protein dan karbohidrat kompleks yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Gandum juga kaya dengan beberapa nutrien penting seperti vitamin E, asid folik, zink, magnesium, fosforus, dan asid lemak yang diperlukan tubuh badan manusia. Ia juga merupakan sumber serat yang baik dan merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang mengalami sembelit.

Avokado merupakan buah yang kaya dengan sumber vitamin B, vitamin K dan vitamin E. Ia juga mengandungi serat larut dan tidak larut yang tinggi yang menjadikannya buah pelawas dan pengambilan buah ini secara kerap boleh mengurangkan tahap kolesterol darah. Selain itu, avokado berfungsi untuk mengubati diabetes atau tekanan darah tinggi dan sel-sel kanser mulut. Makanan yang terakhir ialah oat. Oat adalah hidangan yang dibuat dari oat yang telah dikisar. Kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh mengekalkan keseimbangan tahap kolesterol anda atau mengurangkan tekanan darah tinggi jika anda makan oat setiap hari disebabkan kandungan serat larut bijirin yang tinggi. Oat juga sangat kaya dengan vitamin B, omega-3, asid lemak, folat dan kalium yang dapat memenuhi keperluan badan anda!

Order Now!